PENULISAN KE-10
HAK PEKERJA
Hak pekerja
adalah kumpulan hak perundangan dan hak asasi manusia yang didakwa berkenaan
hubungan pekerjaan antara pekerja dan majikan. Hak ini selalunya diperoleh
melalui undang-undang pekerjaan dan buruh. Secara umumnya, wacana mengenai hak
pekerja berkait dengan perundingan gaji, manfaat, dan keadaan bekerja yang
selamat. Satu daripada perkara paling utama dalam hak pekerja adalah hak untuk
membentuk persatuan. Persatuan pekerja membolehkan pekerja berunding secara
berkelompok atau kolektif dengan majikan untuk meningkatkan gaji ahli dan
keadaan tempat kerja yang lebih baik. Hak pekerja juga membolehkan pengawalan
dan pengurusan pekerja dan memberikan mereka hak untuk bersuara dalam penentuan
keputusan dan dasar. Pergerakan pekerja pada awalnya menumpu pada hak untuk
berpersatuan dan perhatian telah beralih ke aspek lain kemudiannya.
Pengkritik
pergerakan hak pekerja mendakwa bahawa peraturan yang diperjuangkan oleh
aktivis hak pekerja boleh membataskan peluang untuk bekerja. Di Amerika
Syarikat, pengkritik membantah kesatuan yang mensyaratkan majikan hanya boleh
mengambil ahli kesatuan untuk bekerja. Akta Taft-Hartley di Amerika Syarikat
mengharamkan syarat seperti ini tetapi membenarkan syarat yang kurang ketat.
Akta Taft-Hartley turut membenarkan negeri untuk meluluskan undang-undang hak
untuk bekerja yang tidak mewajibkan pengambilan pekerja berdasarkan keahlian
seseorang dalam kesatuan kerja. Para pekerja membalas bahawa dasar keterbukaan
ini membawa kepada masalah
penumpang percuma.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar